SKOP PROJEK


                                   SKOP PROJEK



3.1 Komponen Utama Projek


3.1.1 Filem / Video Dokumentari
Filem dokumentari merupakan salah satu kategori daripada ‘filem non-fiksyen’ dalam mendokumentasikan beberapa aspek realititerutamanya bagi maksud mengekalkan suatu catatan rekod dan sejarah
Sebelum ini 'filem dokumentaridirakamkan melalui stok-stok filem dan medium yang sedia ada. Namun begitu perkembangan teknologi terkini mampu menghasilkan video dan penerbitan digital secara langsung-ke-video (direct-to-video).
Ianya boleh dipasarkan sebagai salah satu program televisyen atau ditayangkan di pawagamSyarikat menjangkakan permintaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.




 3.1.2 Filem Pendek
Filem pendek (dengan masa tayangan kurang daripada 40 minitsering ditayangkan di festival filem kebangsaan oleh pembikin filem bebas (independent filmakersyang bukan berasaskan keuntungandalam suatu bajet / belanjawan yang rendah.
Filem-filem yang dihasilkan adalah untuk membuktikan bakat dalam mendapatkan pembiayaan daripada pelabur swastasyarikat-syarikat hiburanatau studio filem.
Filem ini juga boleh diedarkan dan ditayangkan melalui Internet, seperti YouTube dan Vimeo telah menarik minat sebilangan besar masyarakat artis dan penonton.
Populariti pembikinan filem pendek semakin berkembang berdasarkan penggunaan peralatan dan perisian (software) yang lebih murah dan kos efisyen

No comments:

Post a Comment