|
|
3.1
Komponen
Utama
Projek
3.1.1 Filem
/ Video Dokumentari
Filem
dokumentari merupakan
salah satu
kategori daripada
‘filem non-fiksyen’ dalam mendokumentasikan beberapa aspek realiti, terutamanya bagi maksud mengekalkan suatu catatan rekod dan sejarah.
Sebelum ini
'filem dokumentari' dirakamkan melalui
stok-stok filem dan medium yang sedia ada.
Namun begitu perkembangan teknologi
terkini mampu menghasilkan
video dan penerbitan digital secara langsung-ke-video
(direct-to-video).
Ianya boleh dipasarkan sebagai salah satu
program televisyen atau ditayangkan di pawagam. Syarikat menjangkakan permintaan akan
terus berkembang dari
semasa ke semasa.
3.1.2 Filem Pendek
Filem
pendek (dengan masa
tayangan kurang daripada 40 minit) sering ditayangkan di
festival filem kebangsaan oleh pembikin
filem bebas (independent filmakers) yang bukan berasaskan keuntungan, dalam suatu bajet / belanjawan yang rendah.
Filem-filem
yang dihasilkan adalah untuk membuktikan bakat dalam mendapatkan pembiayaan daripada pelabur swasta, syarikat-syarikat hiburan, atau studio
filem.
Filem
ini juga boleh diedarkan dan ditayangkan melalui
Internet, seperti YouTube dan Vimeo telah menarik minat sebilangan besar masyarakat artis dan penonton.
Populariti pembikinan
filem pendek semakin berkembang berdasarkan penggunaan peralatan dan perisian
(software) yang lebih murah dan kos efisyen
No comments:
Post a Comment