Pendahuluan (permulaan)
Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.
Latihan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .
Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan. Selain itu membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk pelajar mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.
Objektif Latihan Industri
Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulagi semula latihan industri
Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut
Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan
Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal.
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab.
Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak.
Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan
Objektif Laporan Latihan Industri
Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan rasmi yang lengkap tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang Latihan Industri dijalankan ini dijalankan untuk dikemukakan kepada pihak Politeknik untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus.
Laporan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian dan laporan rasmi. Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar untuk membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Buku laporan harian perlu diserahkan kepada penyelia pada setiap dua minggu untuk disemak bagi memastikan para pelajar sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang diarahkan. Selain itu buku laporan juga penting untuk memudahkan pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan industri apabila pensyarah hadir untuk membuat penilaian.
Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan industri disesebuah syarikat. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalanan sebuah syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan dilaksanakan semasa di tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di dalam laporan ini. Segala dokumen yang digunakan sepanjang laporan akan dilampirkan dan disertakan sebagai laporan dan rujukan. Laporan rasmi ini hendaklah menggunakan komputer dan disediakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Objektif laporan industri adalah seperti berikut:
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.
Melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa lebih kurang 5 bulan bermula pada 29 November 2010 hingga 29 April 2011 seperti yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah.
Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawap dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan politeknik. Dimana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.
komen dan cadangan
Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri.
Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik
Kepada Pihak Politeknik:-
i. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.
ii. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu, saya memberi cadangan agar pihak Politeknik Seberang Perai, memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat Latihan Industri mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
iii. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.
iv. Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.
Kepada Pihak Syarikat :-
Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. pihak syarikat perlulah memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu mengenali aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.
Hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.
Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini
Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment