PENGHARGAAN



 Alhamdulilah , segala puji bagi Allah  dengan limpah dan kurnianya pada semester ini , saya diberikan peluang untuk menjalankan latihan industri saya  di  RedBullet Production yang terletak di setapak kuala lumpur . Dengan ini  bermakna saya telah pun menamatkan sesi latihan industri saya selama 6 bulan dari bulan Jun sehingga November dengan jayannya. Ribuan terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada ahli keluarga terutama ayah dan ibunda yang banyak memberi semangat  dan dorongan kepada saya untuk jalankan latihan industri saya di kuala lumpur ini.  Tak dilupakan  juga,  ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat handai yang sama-sama memberi idea dan dorongan kepada saya yang untuk meneruskan latihan industri ini.


Tidak ketinggalan juga ,  teman-teman seperjuangan  di tempat  LI politeknik . penghargaan ini juga ditujukan kepada pensyarah -pensyarah jabatan Rekabentuk dan Komunikasi  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah banyak membantu saya menyediakan laporan akhir ini. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah iaitu Encik Reza Bin Zainal yang telah sudi meluluskan permohonan untuk menjalankan latihan industri ini.  Tidak lupa juga kepada pembantu pengarah iaitu Encik Edy Bin Harun dan Encik Ezany Mat Nor yang banyak menguruskan hal ehwal pelatih di RedBullet Production ini.  saya mengambil kesempatan ini sekali lagi  untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga  kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya  dan sudi mencurahkan segala ilmu kepada saya dalam bidang perfileman ini selama keberadaan saya di RedBullet ini.



Setinggi -tinggi  penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan RedBullet Production iaitu jurukamera zulkahafiz dan almahadi mukmin serta ismail  serta pengarah  iaitu Encik Reza kerana banyak membantu saya dari segi penerangan dan memberi tunjuk ajar serta teguran mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang  5 bulan saya menjalankan latihan industri di RedBullet . segala keperihatinan dan tanggungjawab yang terlibat dalam pengurusan pelatih amatlah saya hargai.hanya Allah sahaja dapat membalas segala  jasa dan budi baik encik-encik sekalian kerana banyak membantu saya sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Tanpa sokongan , tunjuk ajar dan bimbingan  yang anda berikan ini, tidak mungkin  saya lupakan. segala tunjuk ajar yang diberikan  akan menjadi bekalan serta panduan untuk terus saya meneruskan pembelajaran dengan lebih berjaya.insyaallah !.

No comments:

Post a Comment