LAPORAN




Minggu pertama- (30.11- 4.12)




Minggu yang pertama ialah  saya perlu melaporkan diri di syarikat  RedBullet production di setapak kuala lumpur. Dan saya diberikan penerangan selok-belok tentang syarikat ini. saya juga turut diberikan sesi pengenalan antara kakitangan yang ada di syarikat redbullet ini.


hari seterusnya , saya  diberikan tugasan dimana saya perlu mencari maklumat tentang orang asli kaum semai oleh pengarah saya iaitu Encik Reza . setelah saya mendapatkan tugasan .saya membuat sedikit rujukaan di internet bagi mencari maklumat orang asli tentang kehidupan mereka  dan peralatan yang mereka guna untuk aktiviti harian mereka. Dalam masa yang sama untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap saya turut melawat ke perpustakaan bagi mencari maklumat orang asli kaum semai dengan lebih tepat. untuk hari seterusnya , bagi mendapatkan maklumat lebih jelas  saya sendiri pergi ke muzium orang asli yang terletak di Gombak .Disitu terdapat banyak informasi  tentang orang asli kaum semai .

pengarah RedBullet production


membuat  sedikit penyelidikan tentang orang asli kaum semai


muzium orang asli di gombak

Antara perlalatan yang digunakan oleh orang asli

patung mah meri


sumpit
informasi tentang sumpit

peralatan muzik orang asli



minggu kedua - (7.2 -11.2)


Minggu kedua saya perlu  memperlajari cara membuat shooting  skrip dalam bentuk dokumentari dimana saya perlu menghasilkan skrip tentang kehidupan orang asli kaum semai yang terletak di Batu 19 Tapah Perak . saya juga turut diberikan penerangan bagaimana hendak membuat shooting script  dengan langkah yang betul dan tepat  dengan membuat   3ACT iaitu treatment.


treatment 3ACT

Minggu ketiga - ( 14.2 - 18.2)

Minggu ketiga saya perlu mengemaskini skrip narrattion orang asli .Dan saya  juga perlu membuat voice over mengikut skrip yang telah ditulis supaya boleh diletakkan didalam proses editing . Dalam minggu  ketiga juga saya perlu membuat Jadual shooting supaya lebih mudah untuk dilihat dan dirujuk .Tujuan jadual shooting ini dibuat  ialah untuk memudahkan kerja crew  dan ia juga tidak mengambil masa yang lama  semasa pengambaran sedang dijalankan serta penggunaan kos yang banyak  semasa pengambaran sedang dijalankan. check list juga turut dibuat supaya barang-barang yang hendak digunakan semasa pengambaran boleh disemak didalam check list tersebut.



skrip narration orang asli


jadual shooting orang asli

checklist equipment shooting orang asli




Minggu keempat -( 22.12/ 25.12)


Minggu keempat  saya dan crew  memulakan tugasan pengambaran di tapah perak. kami memulakan perjalanan pukul 8.00 pagi ,kami juga melakukan pengambaran didalam hutan perkampungan orang asli dalam masa sehari  .pengalaman pertama saya ialah dapat mendirect sendiri dokumentari orang asli yang diberikan nama "RAYAU".kami juga turut berpeluang melihat mereka menjalankan aktiviti seharian mereka dengan memburu dan menangkap ikan.
 Dalam minggu keempat juga saya dan rakan saya memulakan pengasingkan footage yang terbaik mengikut fail supaya tidak pening semasa melakukan editing. bagi mendapatkan gambar pokok buluh  dengan lebih jelas kami melakukan pengambaran seterusnyaa di janda baik disitu terdapat banyak pokok buluh .
hari seterusnya , bermulah saya dan rakan saya melakukan tugasan editing . saya dan rakan saya  mengedit mengikut cerita yang telah dituliskan di skrip yang kami hasil kan .



 Memastikan peralatan shooting boleh digunakan


 melakukan pengambaran di kampung orang asli


 mendirect dokumentari orang asli

 sedang membincangkan shoot yang perlu diambil

dapat merasai makanan orang asli iaitu kuih tepung

 membincangkan shoot untuk dokumentari dengan pengarah


Antara peralatan yang digunakan untuk shooting orang asli:

kamera lumix
tripod

lens





Minggu kelima - ( 27.12 -31.12.2015)

Minggu kelima kami memulakan tugasan dengan membuat tugasan  editing diamana kami perlu mengasingkan footage dan  convertkannya untuk  digunakan . saya dan rakan saya perlu memilih shoot yang menarik untuk diletakkan di dalam editing .

perlu mengasingkan footage

menggunakan MPEG convert


Minggu keenam- (4.1.2016 - 8.1.2016)

Masih  membuat tugasan editing dengan menggunakan software FCP . saya masih lagi memperbaiki setiap footage tugasan editing orang asli kaum semai .editing ini mengambil masa yang agak lama untuk dibuat kerana perlu memperbaiki setiap footage yang hendak diletakkan didalam editing.


 membuat editing


Minggu ketujuh -(11.1.2016 - 15.1.2016)

Minggu ketujuh saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing orang asli kaum semai. kami masih lagi memperbaiki setiap footage orang asli yang telah diletakkan didalam editing . selain itu , kami juga membuat shooting hosting  untuk diletakkan didalam editing orang asli. kami membuat shooting hosting dimana saya dan rakan saya perlu mengacarakan rancangan dokumentari kami sendiri iaitu 'RAYAU'. kami melakukan tugasan ini dengan bertukar ganti tanpa bantuan crew peralatan yang digunakan ialah kamera ,tripod ,3point lighting dan audio tugasan diperhatikan oleh pengarah iaitu encik Reza. 


membuat shooting hosting 


membuat shooting hosting 

sedang membuat hosting menggunakan kamera lumix

tugasan ini bertukar ganti antara saya dan liyana


Minggu kelapan - ( 18.1.2016 - 22.1.2016)

Minggu kelapan saya masih lagi membuat tugasan editing orang asli iaitu membuat colouring disetiap gambar footage orang asli .supaya warna setiap footage lebih terang dan sama.

 ini merupakan tempat saya dan rakan membuat tugasan editing

membuat colouring editing


Minggu kesembilan - ( 25.1 - 30.1 2016) 
Dalam minggu yang sama saya masih membuat tugasan editing.

Pada tarikh 29 dan 30  saya dan rakan menyertai satu event yang dianjurkan oleh sebuah lagi anak syarikat iaitu syarikat News. Event ini dinamakan "Mr Brotherhood ". Tugasan kami pada hari pertama ialah perlu merakam setiap peserta yang datang menyertai event ini .event ini mengambil masa selama dua hari.pada hari kedua saya menjadi jurukamera untuk merakam setiap para peserta .


ditugaskan untuk merakam para peserta yang menyertai event Mr Brotherhood

menjadi media dihari event 

menjadi jurukamera untuk interview para pemenang
  
event ini juga turut dihadiri oleh sazali samad iaitu ahli bina badan malaysia

tempat dimana saya dan rakan sedang membuat rakaman menggunakan kamera panasonic



Minggu kesepuluh - (2.2.2016 - 5.2.2016)

Minggu kesepuluh saya membuat penyelidikkan tentang bagaimana hendak membuat rancangan travelogue.jadi saya sendiri mengunakan kaedah yang ada iaitu perlu menonton rancangan traverlogue di internet supaya dapat sedikit informasi dari segi pengacaraan dan dapat melihat cara shoot yang diambil sebagai rujukan .


Minggu kesebelas - (9.2.2016 - 12.2 .2016 )

Minggu kesebelas saya dan rakan membantu  crew membuat shooting pre-welding.tugasan saya dan rakan saya ialah menjaga lighting dan membantu berlakon didalam shoot pre-welding tersebut. dalam minggu yang sama saya masih lagi membuat penyelidikkan tentang traverlogue dan mencari idea dan menentukan lokasi yang menarik.


Minggu keduabelas - ( 15.2.2016 -19.2.2016)

Dalam minggu keduabelas  masih lagi dalam proses penyelidikkan tentang rancangan travelogue .dan saya juga diberikan penerangan bagaimana hendak membuat jadual production  untuk shooting travelogue ini.

production schedule

running order 



Minggu ketigabelas - ( 22.2 .2016 -26.2.2016)

Dalam minggu ketigabelas saya membuat tugasan jadual shooting traverllogue supaya memudahkan kerja semasa shooting dijalankan nanti . Minggu yang sama saya dan rakan bersama pengarah pergi membuat recce lokasi untuk pengambaran traverlogue disekitar kawasan kuala lumpur . kami memulakan perjalan  dalam pukul 9 pagi dari wangsa maju sehingga lah kebukit bintang  dengan menaiki kemudahan awam iaitu LRT dan Bas Gol KL serta berjalan kaki mengelilingi kuala lumpur.
dalam minggu yang sama juga saya membuat daily schedule travelogue supaya memudah untuk dirujuk semasa kerja  shooting yang sebenar dijalankan.


Minggu keempatbelas -(29.2.2016 - 3.3.2016)

Minggu keempatbelas saya perlu menyiapkan skrip traverllogue yang berkonsepkan hiburan .saya perlu menetaptkan lokasi yang telah direcce untuk shooting yang sebenar. shooting travellogue ini mengambil masa selama 2 hari bermula dari tarikh 1 dan 2 Mac 2016 . saya dan crew memulakan perjalanan dengan menaiki  kemudah awam iaitu LRT untuk turun kelokasi- lokasi shooting .perjalanan kami ini banyak menggunkan tenaga dengan berjalan kaki untuk menuju ketempat-tempat yang menarik dikuala lumpur ini. selepas shooting selesai saya dan crew menuju ke office untuk transfer footage-footage yang telah diambil .


dilokasi pengambaran iaitu pasar seni

dilokasi seterusnya KTM lama 

distesen LRT wangsa maju dimana saya dan rakan perlu mengambil shoot disekitar LRT wangsa maju

saya dan rakan sedang berhosting di stesen LRT wangsa maju

Antara peralatan yang digunakan oleh kami ketika shooting travelogue:

kamera lumix

kamera cannon 6d

lens

lens 24-70 mm

tripod


Minggu kelimabelas - (8.3.2016 - 11.3 .2016 )

Minggu kelimabelas ini saya memulakan tugasan dengan membuat editing setelah selesai shooting traverllogue .saya dan rakan perlu meyusunkan  dan memilih footage yang menarik untuk diletakkan didalam editing . kami membuat kerja editing ini dengan membahagikan tugasan masing-masing.


sedang mengemaskini tugasan editing


Minggu kenambelas - ( 14.3.2016 - 18.3.2016)
Minggu keenambelas saya mengikuti ke picthing centre dimana tempat ini merupakan tempat para karyawan dalam bidang perfileman meminta dana untuk menghasilkan filem mereka , di picthing centre ini juga adalah sebuah tempat dimana para karyawan dalam bidang perfileman ni perlu  melakukan presentation  tentang  hasil kerja mereka  dihadapan orang ramai.untuk mendapatkan dana disini mereka perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan seperti menghantar skrip dan urusan-urasan rasmi yang lain. picthing centre ini terletak di KL sentrel sahaja.


 di picthing sentrel


Minggu ketujuhbelas - ( 21.2.2016 - 25 .2.2016)

Minggu ketujuhbelas saya masih lagi ke picthing centre mengikuti pengarah untuk selesaikan tugasan beliau. saya dan rakan serta pengarah  saya singgah sembentar di finas. dalam masa yang sama saya sempat melawat kawasan finas.


hari kedua  ke picthing centre

Minggu kelapanbelas -(28.3.2016 - 1.4.2016)

Minggu kelapanbelas saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing dari segi colouring ,dan lagu. Dalam minggu yang sama juga saya dan rakan saya membuat voice over bagi rancangan traverlogue untuk diletakkan didalam editing.


sedang membuat rakaman narration 


Minggu kesembilanbelas -(2.4.2016 -8.4.2016 )

Minggu kesembilanbelas kami berdua mengemaskinikan segala tugasan editing supaya tidak ada kesilapan semasa kerja akhir dilakukan iaitu mengimportkan video traverlogue ini.  di minggu yang sama saya dan rakan membuat  sekali lagi voice over orang asli untuk diletakkan di dalam editing orang asli.
mengemaskini tugasan editing


Minggu keduapuluh- ( 11.4.2016 - 15.4.2016 )
Minggu akhir saya menyemak dan merperbaiki semula segala tugasan yang telah diberikan supaya tidak ada yang tertinggal .


menyemak tugasan di minggu akhir

No comments:

Post a Comment