Minggu pertama- (30.11- 4.12)
minggu yang pertama ialah saya perlu melaporkan diri di syarikat RedBullet production di setapak kuala lumpur. Dan saya diberikan penerangan selok-belok tentang syarikat ini. saya juga turut diberikan sesi pegenalan antara kakitangan yang ada di syarikat redbullet ini.
hari seterusnya , saya diberikan tugasan dimana saya perlu mencari maklumat tentang orang asli kaum semai oleh pengarah saya iaitu Encik Reza . setelah saya mendapatkan tugasan .bsaya membuat sedikit rujukaan di internet bagi mencari maklumat orang asli tentang kehidupan mereka dan peralatan yang mereka guna untuk aktiviti harian mereka. Dalam masa yang sama untuk dapat maklumat lebih lengkap saya turut melawat ke perpustakaan bagi mencari maklumat orang asli kaum semai dengan lebih lengkap. untuk hari seterusnya , bagi mendapatkan maklumat lebih tepat saya sendiri pergi ke muzium orang asli yang terletak di Gombak .Disitu terdapat banyak informasi yang tentang orang asli .
pengarah RedBullet production
Antara perlalatan yang digunakan oleh orang asli
patung mah meri
sumpit
informasi tentang sumpit
peralatan muzik orang asli
minggu kedua - (7.2 -11.2)
Minggu kedua saya perlu memperlajari cara membuat shooting skrip dalam bentuk dokumentari dimana saya perlu menghasilkan skrip tentang kehidupan orang asli kaum semai yang terletak di Batu 19 Tapah Perak . saya juga turut diberikan penerangan bagaimana hendak membuat shooting script dengan langkah yang betul dan tepat dengan membuat 3ACT iaitu treatment.
Minggu ketiga - ( 14.2 - 17.2)
Minggu ketiga saya perlu mengemaskini skrip narrattion orang asli .Dan saya juga perlu membuat voice over mengikut skrip yang telah ditulis supaya boleh diletakkan didalam proses editing . Dalam minggu ketiga juga saya perlu membuat Jadual shooting supaya lebih mudah untuk dilihat dan dirujuk .Tujuan jadual shooting ini dibuat ialah untuk memudahkan kerja crew dan ia juga tidak mengambil masa yang lama semasa pengambaran sedang dijalankan serta penggunaan kos yang banyak semasa pengambaran sedang dijalankan. check list juga turut dibuat supaya barang-barang yang hendak digunakan semasa pengambaran boleh disemak didalam check list tersebut.
Minggu keempat -( 22.12/ 24.12)
Minggu keempat saya dan crew memulakan tugasan pengambaran di tapah perak. kami melakukan pengambaran didalam hutan perkampungan orang asli dalam masa sehari .pengalaman pertama saya ialah dapat mendirect sendiri dokumentari orang asli yang diberikan nama "RAYAU". Dalam minggu keempat juga saya dan rakan saya memulakan pengasingkan footage yang terbaik mengikut fail supaya tidak pening semasa melakukan editing. bagi mendapatkan gambar pokok buluh kami melakukan pengambaran seterusnyaa di janda baik disitu terdapat banyak pokok buluh .
hari seterusnya , bermulah saya dan rakan saya melakukan tugasan editing .saya dan rakan saya mengedit mengedit mengikut cerita yang telah dituliskan di skrip .
melakukan pengambaran di kampung orang asli
e
Antara peralatan yang digunakan untuk shooting orang asli:
kamera lumix
tripod
lens
Minggu kelima - ( 27.12 -31.12.2015)
Minggu kelima kami memulakan tugasan dengan membuat tugasan editing diamana kami perlu mengasingkan footage yang hendak digunakan . saya dan rakan saya perlu memilih shoot yang menarik untuk diletakkan di dalam editing .
Minggu keenam- (4.1.2016 - 8.1.2016)
Masih membuat tugasan editing dengan menggunakan software FCP . saya masih lagi membuat tugasan editing orang asli kaum semai .editing ini mengambil masa yang agak lama untuk dibuat kerana perlu memperbaiki setiap footage yang hendak diletakkan didalam editing.
Minggu ketujuh -(11.1.2016 - 15.1.2016)
Minggu ketujuh saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing orang asli kaum semai. kami masih lagi memperbaiki setiap footage orang asli yang telah diletakkan didalam editing . selain itu , kami juga membuat shooting hosting untuk diletakkan didalam editing orang asli. kami membuat shooting hosting dimana saya dan rakan saya perlu mengacarakan rancangan dokumentari kami sendiri iaitu 'RAYAU'. kami melakukan tugasan ini dengan bertukar ganti tanpa bantuan crew peralatan yang digunakan ialah kamera ,tripod ,3point lighting dan audio tugasan diperhatikan oleh pengarah iaitu encik Reza.
membuat shooting hosting
membuat shooting hosting
sedang membuat hosting menggunakan kamera lumix
tugasan ini bertukar ganti antara saya dan liyana
Minggu kelapan - ( 18.1.2016 - 22.1.2016)
Minggu kelapan saya masih lagi membuat tugasan editing orang asli iaitu membuat colouring disetiap gambar footage orang asli .supaya warna setiap footage lebih terang dan sama.
ini merupakan tempat saya dan rakan membuat tugasan editing
Minggu kesembilan - ( 25.1 - 29.1 2016)
Dalam minggu yang sama saya dan rakan menyertai satu event yang dianjurkan oleh sebuah lagi anak syarikat iaitu syarikat News. Event ini dinamakan "BROTHERHOOD ". Tugasan kami pada hari pertama ialah perlu merakam setiap peserta yang datang menyertai event ini .event ini mengambil masa selama dua hari.pada hari kedua saya menjadi jurukamera untuk merakam setiap para peserta .
ditugaskan untuk merakam para peserta yang menyertai event BROTHERHOOD
menjadi media dihari event
menjadi jurukamera untuk interview para pemenang
event ini juga turut dihadiri oleh sazali samad iaitu ahli bina badan malaysia
tempat dimana saya dan rakan sedang membuat rakaman menggunakan kamera penasonic
Minggu kesepuluh - (2.2.2016 - 5.2.2016)
Minggu kesepuluh saya membuat penyelidikkan tentang bagaimana hendak membuat rancangan travelogue.jadi saya sendiri mengunakan kaedah yang ada iaitu perlu menonton rancangan traverlogue di internet supaya dapat sedikit informasi dari segi pengacaraan dan dapat melihat cara shoot yang diambil sebagai rujukan .
Minggu kesebelas - (9.2.2016 - 12.2 .2016 )
Minggu kesebelas saya dan rakan membantu crew membuat shooting pre-welding.tugasan saya dan rakan saya ialah menjaga lighting dan membantu berlakon didalam shoot pre-welding tersebut. dalam minggu yang sama saya masih lagi membuat penyelidikkan tentang traverlogue dan mencari idea dan menentukan lokasi yang menarik.
Minggu keduabelas - ( 15.2.2016 -19.2.2016)
Dalam minggu keduabelas masih lagi dalam proses penyelidikkan tentang rancangan travelogue .dan saya juga diberikan penerangan bagaimana hendak membuat jadual production untuk shooting travelogue ini.
production schedule
running order
Minggu ketigabelas - ( 22.2 .2016 -26.2.2016)
Dalam minggu ketigabelas saya membuat tugasan jadual shooting traverllogue supaya memudahkan kerja semasa shooting dijalankan nanti . Minggu yang sama saya dan rakan bersama pengarah pergi membuat recce lokasi untuk pengambaran traverlogue disekitar kawasan kuala lumpur . kami memulakan perjalan dalam pukul 9 pagi dari wangsa maju sehingga lah kebukit bintang dengan menaiki kemudahan awam iaitu LRT dan Bas Gol KL serta berjalan kaki mengelilingi kuala lumpur.
dalam minggu yang sama juga saya membuat daily schedule travelogue supaya memudahkan kerja semasa shooting yang sebenar dijalankan.
Minggu keempatbelas -(29.2.2016 - 3.3.2016)
Minggu keempatbelas saya perlu menyiapkan skrip traverllogue yang berkonsepkan hiburan .saya perlu menetaptkan lokasi yang telah direcce untuk shooting yang sebenar. shooting travellogue ini mengambil masa selama 2 hari bermula dari tarikh 1 dan 2 Mac 2016 . saya dan crew memulakan perjalanan dengan menaiki kemudah awam iaitu LRT untuk turun kelokasi- lokasi shooting .perjalanan kami ini banyak menggunkan tenaga dengan berjalan kaki untuk menuju ketempat-tempat yang menarik dikuala lumpur ini. selepas shooting selesai saya dan crew menuju ke office untuk transfer footage-footage yang telah diambil .
dilokasi pengambaran iaitu pasar seni
dilokasi seterusnya KTM lama
distesen LRT wangsa maju dimana saya dan rakan perlu mengambil shoot disekitar LRT wangsa maju
saya dan rakan sedang berhosting di stesen LRT wangsa maju
Antara peralatan yang digunakan oleh kami ketika shooting travelogue:
kamera lumix
kamera cannon 6d
lens
lens
tripod
Minggu kelimabelas - (8.3.2016 - 11.3 .2016 )
Minggu kelimabelas ini saya memulakan tugasan dengan membuat editing setelah selesai shooting traverllogue .saya dan rakan perlu meyusunkan dan memilih footage yang menarik untuk diletakkan didalam editing . kami membuat kerja editing ini dengan membahagikan tugasan masing-masing.
Minggu kenambelas - ( 14.3.2016 - 18.3.2016)
Minggu keenambelas saya mengikuti ke picthing centre dimana tempat ini merupakan tempat para karyawan dalam bidang perfileman meminta dana untuk menghasilkan filem mereka , di picthing centre ini juga adalah sebuah tempat dimana para karyawan dalam bidang perfileman ni perlu melakukan presentation tentang hasil kerja mereka dihadapan orang ramai.untuk mendapatkan dana disini mereka perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan seperti menghantar skrip dan urusan-urasan rasmi yang lain. picthing centre ini terletak di KL sentrel sahaja.
Minggu ketujuhbelas - ( 21.2.2016 - 25 .2.2016)
Minggu ketujuhbelas saya masih lagi ke picthing centre mengikuti pengarah untuk selesaikan tugasan beliau. saya dan rakan serta pengarah saya singgah sembentar di finas. dalam masa yang sama saya sempat melawat kawasan finas.
Minggu kelapanbelas -(28.3.2016 - 1.4.2016)
Minggu kelapanbelas saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing dari segi colouring ,dan lagu. Dalam minggu yang sama juga saya dan rakan saya membuat voice over bagi rancangan traverlogue untuk diletakkan didalam editing.
No comments:
Post a Comment