Monday 11 April 2016

Pendahuluan (permulaan) 

Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.

Latihan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .

Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan. Selain itu membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.

Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk pelajar mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.


Objektif Latihan Industri

Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulagi semula latihan industri


Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut

Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. 
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan 
Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal. 
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.  
Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab. 
Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak. 
Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan 


Objektif Laporan Latihan Industri

Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan rasmi yang lengkap tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang Latihan Industri dijalankan ini dijalankan untuk dikemukakan kepada pihak Politeknik untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus. 

Laporan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian dan laporan rasmi. Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar untuk membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Buku laporan harian perlu diserahkan kepada penyelia pada setiap dua minggu untuk disemak bagi memastikan para pelajar sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang diarahkan. Selain itu buku laporan juga penting untuk memudahkan pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan industri apabila pensyarah hadir untuk membuat penilaian.

Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan industri disesebuah syarikat. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalanan sebuah syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan dilaksanakan semasa di tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di dalam laporan ini. Segala dokumen yang digunakan sepanjang laporan akan dilampirkan dan disertakan sebagai laporan dan rujukan. Laporan rasmi ini hendaklah menggunakan komputer dan disediakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Objektif laporan industri adalah seperti berikut:

Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.

Melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa lebih kurang 5 bulan bermula pada 29 November 2010 hingga 29 April 2011 seperti yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.

Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah. 

Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawap dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan politeknik. Dimana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik


Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat. 


komen dan cadangan

Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri. 

Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik 


Kepada Pihak Politeknik:-

i. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.

ii. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu, saya memberi cadangan agar pihak Politeknik Seberang Perai, memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat Latihan Industri mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.

iii. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.

iv. Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.


Kepada Pihak Syarikat :-

Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. pihak syarikat perlulah memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu mengenali aktiviti yang dilakukan oleh syarikat. 

Hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.

Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini

Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.


RINGKASAN MINGGUAN 
Minggu pertama -( 4.12.2015)
  •  mencari maklumat kaum semai
  • melawat perpustakan 
  • melawat ke muzium orang asli di gombak
Minggu kedua - ( 11.2. 2015)
  • membuat penyelidikan shooting skrip 
Minggu ketiga - ( 17 . 12. 2015)
  • membuat penyelidikan shooting skrip
Minggu keempat - ( 24.12 .2015)
  • menjalankan aktiviti shooting orang asli 
  • menjalankan tugasan editing 
Minggu kelima - (31.12.2015) 
  • memulakan tugasan editing 
Minggu keenam - (8.1 2016)
  • membuat tugasan editing 
  • mencari lagu-lagu orang asli
Minggu ketujuh -( 15. 1.2016)
  • handle event
  • shooting hosting
  • editing
Minggu kelapan -( 22 .1.2016 )
  • membuat tugasan editing
Minggu ke sembilan -(29.1.2016)
  • membuat editing
  • handle event
  • menjaga pendaftaran
Minggu sepuluh - ( 5.2.2016)
  • membuat penyelidikan untuk travelogue
Minggu kesebelas- ( 12.2.2016)
  • shoot pre welding
  • membuat penyelidikan    traverlogue
Minggu keduabelas -(19.2.2016)
  • membuat penyelidikan traverlogue
Minggu ketigabelas - ( 26.2.2016)
  • membuat tugasan jadual shooting travelogue 
  • membuat recce lokasi        shooting
Minggu keempatbelas - (3.3.2016)
  • menyiapkan skrip travelogue
  • shooting traverlogue selama dua hari
  • transfer footage  shooting travelogue
Minggu ke limabelas -( 11.3.2016)
  • membuat tugasan editing
Minggu keenambelas -(18.3.2016) 
  • membuat tugasan editing
Minggu ketujuhbelas- (25.3.2016)
  • membuat tugasan editing
Minggu kelapanbelas -( 1.4.2016)
  • membuat tugasan editing
Minggu kesembilanbelas- ( 9.4.2016)
  • membuat tugasan editing
  • membuat voice over
Minggu keduapuluh - (11 .4.2016)
  • mengemaskini tugasan editing




Minggu pertama- (30.11- 4.12)


minggu yang pertama ialah  saya perlu melaporkan diri di syarikat  RedBullet production di setapak kuala lumpur. Dan saya diberikan penerangan selok-belok tentang syarikat ini. saya juga turut diberikan sesi pegenalan antara kakitangan yang ada di syarikat redbullet ini.

hari seterusnya , saya  diberikan tugasan dimana saya perlu mencari maklumat tentang orang asli kaum semai oleh pengarah saya iaitu Encik Reza . setelah saya mendapatkan tugasan .bsaya membuat sedikit rujukaan di internet bagi mencari maklumat orang asli tentang kehidupan mereka  dan peralatan yang mereka guna untuk aktiviti harian mereka. Dalam masa yang sama untuk dapat maklumat lebih lengkap saya turut melawat ke perpustakaan bagi mencari maklumat orang asli kaum semai dengan lebih lengkap. untuk hari seterusnya , bagi mendapatkan maklumat lebih tepat saya sendiri pergi ke muzium orang asli yang terletak di Gombak .Disitu terdapat banyak informasi yang  tentang orang asli .

pengarah RedBullet production


membuat penyelidikan tentang orang asli kaum semai


muzium orang asli di gombak

Antara perlalatan yang digunakan oleh orang asli

patung mah meri


sumpit
informasi tentang sumpit

peralatan muzik orang asli



minggu kedua - (7.2 -11.2)


Minggu kedua saya perlu  memperlajari cara membuat shooting  skrip dalam bentuk dokumentari dimana saya perlu menghasilkan skrip tentang kehidupan orang asli kaum semai yang terletak di Batu 19 Tapah Perak . saya juga turut diberikan penerangan bagaimana hendak membuat shooting script  dengan langkah yang betul dan tepat  dengan membuat   3ACT iaitu treatment.



Minggu ketiga - ( 14.2 - 17.2)

Minggu ketiga saya perlu mengemaskini skrip narrattion orang asli .Dan saya  juga perlu membuat voice over mengikut skrip yang telah ditulis supaya boleh diletakkan didalam proses editing . Dalam minggu  ketiga juga saya perlu membuat Jadual shooting supaya lebih mudah untuk dilihat dan dirujuk .Tujuan jadual shooting ini dibuat  ialah untuk memudahkan kerja crew  dan ia juga tidak mengambil masa yang lama  semasa pengambaran sedang dijalankan serta penggunaan kos yang banyak  semasa pengambaran sedang dijalankan. check list juga turut dibuat supaya barang-barang yang hendak digunakan semasa pengambaran boleh disemak didalam check list tersebut.



skrip narration orang asli


jadual shooting orang asli

checklist equipment shooting orang asli




Minggu keempat -( 22.12/ 24.12)


Minggu keempat  saya dan crew  memulakan tugasan pengambaran di tapah perak. kami melakukan pengambaran didalam hutan perkampungan orang asli dalam masa sehari  .pengalaman pertama saya ialah dapat mendirect sendiri dokumentari orang asli yang diberikan nama "RAYAU". Dalam minggu keempat juga saya dan rakan saya memulakan pengasingkan footage yang terbaik mengikut fail supaya tidak pening semasa melakukan editing. bagi mendapatkan gambar pokok buluh kami melakukan pengambaran seterusnyaa di janda baik disitu terdapat banyak pokok buluh .
hari seterusnya , bermulah saya dan rakan saya melakukan tugasan editing .saya dan rakan saya mengedit mengedit mengikut cerita yang telah dituliskan di skrip .



 Memastikan peralatan shooting boleh digunakan


 melakukan pengambaran di kampung orang asli


 mendirect dokumentari orang asli
e
 sedang membincangkan shoot yang perlu diambil

dapat merasai makanan orang asli iaitu kuih tepung

 membincangkan shoot untuk dokumentari dengan pengarah


Antara peralatan yang digunakan untuk shooting orang asli:

kamera lumix
tripod

lens





Minggu kelima - ( 27.12 -31.12.2015)

Minggu kelima kami memulakan tugasan dengan membuat tugasan  editing diamana kami perlu mengasingkan footage yang hendak digunakan . saya dan rakan saya perlu memilih shoot yang menarik untuk diletakkan di dalam editing .

Minggu keenam- (4.1.2016 - 8.1.2016)

Masih  membuat tugasan editing dengan menggunakan software FCP . saya masih lagi membuat tugasan editing orang asli kaum semai .editing ini mengambil masa yang agak lama untuk dibuat kerana perlu memperbaiki setiap footage yang hendak diletakkan didalam editing.

Minggu ketujuh -(11.1.2016 - 15.1.2016)

Minggu ketujuh saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing orang asli kaum semai. kami masih lagi memperbaiki setiap footage orang asli yang telah diletakkan didalam editing . selain itu , kami juga membuat shooting hosting  untuk diletakkan didalam editing orang asli. kami membuat shooting hosting dimana saya dan rakan saya perlu mengacarakan rancangan dokumentari kami sendiri iaitu 'RAYAU'. kami melakukan tugasan ini dengan bertukar ganti tanpa bantuan crew peralatan yang digunakan ialah kamera ,tripod ,3point lighting dan audio tugasan diperhatikan oleh pengarah iaitu encik Reza. 


membuat shooting hosting 


membuat shooting hosting 

sedang membuat hosting menggunakan kamera lumix

tugasan ini bertukar ganti antara saya dan liyana


Minggu kelapan - ( 18.1.2016 - 22.1.2016)

Minggu kelapan saya masih lagi membuat tugasan editing orang asli iaitu membuat colouring disetiap gambar footage orang asli .supaya warna setiap footage lebih terang dan sama.

 ini merupakan tempat saya dan rakan membuat tugasan editing


Minggu kesembilan - ( 25.1 - 29.1 2016) 
Dalam minggu yang sama saya dan rakan menyertai satu event yang dianjurkan oleh sebuah lagi anak syarikat iaitu syarikat News. Event ini dinamakan "BROTHERHOOD ". Tugasan kami pada hari pertama ialah perlu merakam setiap peserta yang datang menyertai event ini .event ini mengambil masa selama dua hari.pada hari kedua saya menjadi jurukamera untuk merakam setiap para peserta .


ditugaskan untuk merakam para peserta yang menyertai event BROTHERHOOD

menjadi media dihari event 

menjadi jurukamera untuk interview para pemenang
  
event ini juga turut dihadiri oleh sazali samad iaitu ahli bina badan malaysia

tempat dimana saya dan rakan sedang membuat rakaman menggunakan kamera penasonic



Minggu kesepuluh - (2.2.2016 - 5.2.2016)

Minggu kesepuluh saya membuat penyelidikkan tentang bagaimana hendak membuat rancangan travelogue.jadi saya sendiri mengunakan kaedah yang ada iaitu perlu menonton rancangan traverlogue di internet supaya dapat sedikit informasi dari segi pengacaraan dan dapat melihat cara shoot yang diambil sebagai rujukan .


Minggu kesebelas - (9.2.2016 - 12.2 .2016 )

Minggu kesebelas saya dan rakan membantu  crew membuat shooting pre-welding.tugasan saya dan rakan saya ialah menjaga lighting dan membantu berlakon didalam shoot pre-welding tersebut. dalam minggu yang sama saya masih lagi membuat penyelidikkan tentang traverlogue dan mencari idea dan menentukan lokasi yang menarik.


Minggu keduabelas - ( 15.2.2016 -19.2.2016)

Dalam minggu keduabelas  masih lagi dalam proses penyelidikkan tentang rancangan travelogue .dan saya juga diberikan penerangan bagaimana hendak membuat jadual production  untuk shooting travelogue ini.

production schedule

running order 



Minggu ketigabelas - ( 22.2 .2016 -26.2.2016)

Dalam minggu ketigabelas saya membuat tugasan jadual shooting traverllogue supaya memudahkan kerja semasa shooting dijalankan nanti . Minggu yang sama saya dan rakan bersama pengarah pergi membuat recce lokasi untuk pengambaran traverlogue disekitar kawasan kuala lumpur . kami memulakan perjalan  dalam pukul 9 pagi dari wangsa maju sehingga lah kebukit bintang  dengan menaiki kemudahan awam iaitu LRT dan Bas Gol KL serta berjalan kaki mengelilingi kuala lumpur.
dalam minggu yang sama juga saya membuat daily schedule travelogue supaya memudahkan kerja semasa shooting yang sebenar dijalankan.


Minggu keempatbelas -(29.2.2016 - 3.3.2016)

Minggu keempatbelas saya perlu menyiapkan skrip traverllogue yang berkonsepkan hiburan .saya perlu menetaptkan lokasi yang telah direcce untuk shooting yang sebenar. shooting travellogue ini mengambil masa selama 2 hari bermula dari tarikh 1 dan 2 Mac 2016 . saya dan crew memulakan perjalanan dengan menaiki  kemudah awam iaitu LRT untuk turun kelokasi- lokasi shooting .perjalanan kami ini banyak menggunkan tenaga dengan berjalan kaki untuk menuju ketempat-tempat yang menarik dikuala lumpur ini. selepas shooting selesai saya dan crew menuju ke office untuk transfer footage-footage yang telah diambil .


dilokasi pengambaran iaitu pasar seni

dilokasi seterusnya KTM lama 

distesen LRT wangsa maju dimana saya dan rakan perlu mengambil shoot disekitar LRT wangsa maju

saya dan rakan sedang berhosting di stesen LRT wangsa maju

Antara peralatan yang digunakan oleh kami ketika shooting travelogue:

kamera lumix
kamera cannon 6d
lens
lens
tripod


Minggu kelimabelas - (8.3.2016 - 11.3 .2016 )

Minggu kelimabelas ini saya memulakan tugasan dengan membuat editing setelah selesai shooting traverllogue .saya dan rakan perlu meyusunkan  dan memilih footage yang menarik untuk diletakkan didalam editing . kami membuat kerja editing ini dengan membahagikan tugasan masing-masing.

 membuat tugasan editing

sedang mengemaskini tugasan editing


Minggu kenambelas - ( 14.3.2016 - 18.3.2016)
Minggu keenambelas saya mengikuti ke picthing centre dimana tempat ini merupakan tempat para karyawan dalam bidang perfileman meminta dana untuk menghasilkan filem mereka , di picthing centre ini juga adalah sebuah tempat dimana para karyawan dalam bidang perfileman ni perlu  melakukan presentation  tentang  hasil kerja mereka  dihadapan orang ramai.untuk mendapatkan dana disini mereka perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan seperti menghantar skrip dan urusan-urasan rasmi yang lain. picthing centre ini terletak di KL sentrel sahaja.


 singbord yang ada di picthing sentrel


Minggu ketujuhbelas - ( 21.2.2016 - 25 .2.2016)

Minggu ketujuhbelas saya masih lagi ke picthing centre mengikuti pengarah untuk selesaikan tugasan beliau. saya dan rakan serta pengarah  saya singgah sembentar di finas. dalam masa yang sama saya sempat melawat kawasan finas.


Minggu kelapanbelas -(28.3.2016 - 1.4.2016)

Minggu kelapanbelas saya dan rakan masih lagi membuat tugasan editing dari segi colouring ,dan lagu. Dalam minggu yang sama juga saya dan rakan saya membuat voice over bagi rancangan traverlogue untuk diletakkan didalam editing.


sedang membuat voice over

sedang membuat tugasan voice over










3.2 Manfaat Terhadap Komersial & Industri
Melalui RED BULLET PRODUCTIONS SDN BHD, syarikat yakin akan memberikan manfaat kepada beberapa bidang tertentu yang dikenalpasti :

Manfaat Terhadap Komersial

Objektif utama syarikat sebagai sebuah entiti perniagaan adalah untuk mewujudkan suatu produk komersil yang mampu berdaya saing yang boleh menjana pendapatan sebenar, mengekalkan kedudukan syarikat melalui peluang komersil baru dan pasaran sedia ada.

Manfaat  Terhadap Industri

Sebagai syarikat yang berpotensi untuk menempa nama dalam industri kreatif tanah air, RED BULLET PRODUCTIONS SDN BHD bakal menawarkan hasil kerja yang mampan dan memberi sedikit kelainan untuk pembangunan rancangan berbentuk dokumentari, filem dan filem pendek kepada industri perfileman tempatan.


Dalam jangka masa panjang, syarikat juga dilihat mampu untuk menjadi salah satu pemangkin sektor penerbitan video yang berdaya saing, setanding dengan syarikat produksi yang bertaraf antarabangsa.